Thursday, 15 September 2016

Pendakian ke Gunung Belumut, Kluang.

     Gunung Belumut terletak di daerah Kluang, Johor. Ketinggian gunung tersebut ialah 1010 meter dari aras laut, manakala panjang track perjalanan pendakian adalah lebih kurang 6 km, yang mana mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah untuk pendaki biasa. Terdapat 4 check point untuk sampai ke puncak.




     Untuk makluman pendaki yang ingin mendaki, permit dari Jabatan Perhutanan diperlukan. Bayaran sebanyak RM150.00 akan dikenakan untuk satu permit maksima untuk 15 orang (bagi setiap satu permit). Anda juga di saran supaya mengambil Guide untuk menunjuk arah perjalanan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sebagai langkah keselamatan sila maklumkan pendakian itu di Balai Polis terdekat ( Balai Polis, Kg Gajah). Namun untuk memudahkan kerja, kami serahkan semua tugas ini kepada Guide, Senang!.



     Di sini perjalanan kami bermula, track di mulai dengan jalan bersimen/ konkrik, kemudian kami akan melalui sebatang jambatan gantung. Selepas jambatan gantung tersebut akan terdapat anak tangga, dan selepas ini barulah bermulanya jungle tracking.



     Kami dapati track ke check point 1 ini amat santai, seperti tiada cabaran, hanya terdapat beberapa cabaran atau halangan seperti pokok yang tumbang serta ranting- ranting yang mengganggu perjalanan. Nasib ketika itu tidak hujan, tanah kering, jika tidak tentu banyak pacat di situ, begitulah kata- kata dari Guide. Setelah lebih kurang sejam perjalanan, maka sampailah ke check point 1, guide memberi masa untuk kami berehat sebentar.


     Selepas beberapa ketika, guide
mengarahkan kami supaya bersiap untuk meneruskan perjalanan. Menurutnya selepas ini barulah bermulanya pendakian.Memang benar, tidak lama selepas check poin 1, perjalanan ke check poin 2 memang mencabar. Bagai mahu pecah dada rasanya. Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam, dan kami pun sampai ke check poin 2,. Di situ terdapat sebuah batu seakan susunan gigi manusia, dikenali sebagai batu Crown atau juga dipanggil batu kerang.

Batu kerang





     Selepas 5 minit berehat, kami meneruskan perjalanan ke check point 3 dan seterusnya ke check poin 4, dan terus menuju ke puncak. Alangkah gembiranya apabila telah berjaya sampai ke puncak, hilang semua rasa penat dan sengsara semasa pendakian tadi. Kepuasan terpancar di muka setiap pendaki, tersenyum riang seraya berteriak kegirangan. Berjaya juga akhirnya.






Guide mengingatkan kami supaya turun ke bawah sebelum pukul 2.00 petang atau selewat - lewatnya pukul 2.30 petang, ini bertujuan untuk memastikan supaya sampai ke tempat letak kereta sebelum malam menjelma. Kami akur. Terima kasih kepada Guide yang terlibat.       /-509-